MOTO PPKIBP SMK ARAU, PERLIS

Tuesday, June 1, 2010

KATA ALU-ALUAN PENGETUA SMK ARAU





Assalamualaikum wr.wbt.

          Segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT serta selawat dan salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW, para sahabat dan pengikut-pengikutnya sehingga hari akhirat.

          Bagi pihak sekolah dan seluruh warga SMK Arau, saya amat berbesar hati dan mengalu-alukan kesudian Jabatan Pelajaran Perlis (JPNPs) memilih Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran (PPKIBP) SMK Arau sebagai Program Pendidikan Khas Contoh 2010 bagi negeri Perlis. Sesungguhnya, pemilihan ini membuktikan bahawa JPNPs sangat mengambil berat dan amat prihatin terhadap kepentingan masa depan murid-murid berkeperluan khas di negeri ini. Ia juga memberi pengiktirafan yang tinggi terhadap profesion keguruan dan seterusnya mengerakkan usaha-usaha untuk menjana kecemerlangan pendidikan di Perlis.

          Dalam konteks ini, PPKIBP SMK Arau akan terus bekerjasama dan berganding bahu dalam melonjakkan lagi tahap pencapaian dan kualiti pendidikan khas di Perlis. Justeru itu, kami akan sentiasa memberi sokongan dan bantuan terhadap apa juga perancangan dan komitmen yang telah dan akan dilaksanakan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Perlis bagi meningkatkan lagi tahap profesionalisme keguruan di negeri ini.

          Akhir kata, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas kesudian Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Perlis memilih PPKIBP SMK Arau sebagai Program Pendidikan Khas Contoh 2010.

Sekian.


HJ HALIM BIN MANSOR
Pengetua
SMK Arau, 02600 Arau, Perlis



No comments:

Post a Comment